Ahad, 11 Julai 2010

Tugasan 1 dan 2 : Kajian Kepustakaan

1) Ulasan Buku -  berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan komputer :

KUASAI PHP & MySQL ASAS: Langkah Demi langkah: Pengarang Kamaruddin Malik Mohamad: Penerbit University Tun Hussein Onn Malaysia, 2008. Muka surat 277. ISBN 978-983-2963-57-8. Ulasan oleh Rossaidi B. Ngah.

Perkembangan bahasa pengaturcara pada masa kini amatlah jauh berbeza dengan cara pengaturcaraan pada masa dahulu. Ia berkembang mengukiut kemajuan dan kehendak semasa. Walaubagaimana pun, bahan rujukan yang ada di pasaran kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian penulis telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku rujukan mengenai pengaturcaraan dalam Bahasa Malaysia. Buku ini juga menyediakan soalan-soalan lazim yang biasa ditanya oleh pelajar kepada penulis semasa mereka melaksanakan projek sarjana muda

Buku ini juga dihasilkan oleh penulis untuk memberi penerangan dengan lebih mudah dan ringkas. Penerangan yang dijelaskan di dalam buku ini berhubung dengan baris-baris pengaturcaraan amat mudah difahami oleh pembaca. Pendekatan dan kaedah ini akan menyebabkan pembaca akan lebih tertarik dengan pengaturcaraan dan mudah difahami.

Penulis juga cuba memberi ringkasan yang mudah kepada pembaca dan dengan ini akan mempercepatkan proses pemahaman mereka terhadap konsep pengaturcaraan melalui PHP dan MySQL. Buku ini juga member beberapa modul sebagai contoh kepada pembaca dengan cara ini pembaca akan mudah dan lebih memahami konsep yang diterangkan. Contohnya, modul login di masa semua sistem memerlukannya dan disamping itu cara asas memaparkan maklumat dari pangkalan data dan modul malumat staf.

Berdasarkan dari pembacaan, buku ini dapat membantu mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang pengaturcaraan PHP dan MySQL dengan lebih mudah dan ini secara tidak langsung akan menambah minat dan menganggap pengaturcaraan adalah satu perkara yang mudah. Bahan-bahan rujukan asas pengaturcaraan dalam Bahasa Malaysia seperti ini akan member peluang kepada pembaca untuk lebih memahami konsep pengaturcaraan dan apabila telah memahami konsep mereka akan cuba untuk mendalami pengaturcaraan yang mereka minati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan